Cari:
Pelbagai Dokumen Diluluskan dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 bagi Tingkatkan Hubungan Antara Negara-negara ASEAN
2010-10-29 11:57:47 CRI Cetak

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 yang ditutup di Hanoi, Vietnam semalam, cadangan untuk menubuhkan Jawatakuasa Koordinat Kesalinghubungan ASEAN telah diluluskan, manakala perisytiharan untuk mengintegrasikan sumber manusia serantau, meningkatkan kemahiran kerja dan menggalakkan pemulihan ekonomi yang berterusan, serta melaksanakan "Perisytiharan Hanoi" untuk meningkatkan hak dan kepentingan serta kebajikan wanita dan kanak-kanak juga telah dikeluarkan.

Dalam sidang tersebut, para pemimpin negara yang berkenaan telah bersetuju untuk terus mendorong pembangunan komuniti ASEAN, mempercepat pelaksanaan Piagam ASEAN, dan meningkatkan hubungan antara negara anggota ASEAN. Mereka juga bersetuju untuk memastikan kedudukan utama ASEAN dalam rangka serantau, di samping memperluaskan hubungan dengan pihak luar, dan meningkatkan kerjasama antara pelbagai pihak untuk memulihkan ekonomi selepas mengalami kesan krisis kewangan, menjayakan pembangunan yang berterusan, menangani perubahan iklim, dan mencegah penyakit dan bencana.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China