Cari:
ASEAN 10+3 Dijadikan Wadah Penting untuk Menggalakkan Kerjasama Asia Timur
2010-10-29 18:30:18 CRI Cetak

ASEAN 10+3 patut dijadikan wadah penting untuk menggalakkan kerjasama Asia Timur, seperti mendorong pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur, mempertingkat kerjasama dalam bidang kewangan, pertanian, pembinaan infrastruktur dan pendidikan, serta meningkatkan penyelarasan dalam isu antarabangsa seperti perubahan iklim.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam Sidang Kemuncak ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea ke-13 di Hanoi hari ini.

Wen Jiabao mengumumkan bahawa China akan memperuntukkan sejuta dolar Amerika kepada Tabung Kerjasama ASEAN 10+3 untuk meggalakkan pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur, dan sejuta dolar Amerika lagi kepada projek Rizab Beras Kecemasan ASEAN 10+3 (APTERR) demi menggalakkan pembangunan yang berterusan dalam pengeluaran pertanian serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China