Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5 dirasmikan di Hanoi, Vietnam pagi tadi. Pemimpin-pemimpin dari sepuluh negara anggota ASEAN dan enam buah negara rakan dialog, iaitu China, Jepun, Republik Korea, Australia, New Zealand dan India akan menjalankan perbincangan mengenai perkembangan kerjasama Sidang Kemuncak Asia Timur dan kaedah untuk menghadapi cabaran global dan serantau.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menghadiri sidang tersebut.
Perdana Menteri Vietnam, negara pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, Nguyen Tan Dung ketika berucap merasmikan sidang tersebut menyatakan isu mengenai bagaimana meningkatkan peranan mekanisme Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menggalakkan dialog dan kerjasama antara pelbagai pihak akan dibincangkan sempena sidang tersebut berlangsung.
Selain itu, Perisytiharan Hanoi dijangka akan diluluskan dalam sidang tersebut. Keputusan A.S. dan Rusia akan diiktiraf sebagai negara anggota Sidang Kemuncak Asia Timur bermula pada tahun hadapan juga akan diumumkan dalam perisytiharan tersebut.