Cari:
A.S. dan Rusia Diharapkan Memainkan Peranan Membina dalam Sidang Kemuncak Asia Timur
2010-10-30 14:46:38 CRI Cetak

China mengalu-alukan Rusia dan A.S. menganggotai Sidang Kemuncak Asia Timur dan berharap kedua-dua negara tersebut memainkan peranan yang membina.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5 yang dirasmikan di Hanoi, Vietnam pagi tadi.

Menurut beliau, Sidang Kemuncak Asia Timur ini perlu berfungsi untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama berdasarkan prinsip asasnya. Katanya, proses integrasi Asia Timur perlu dijalankan dengan menghormati kedudukan utama ASEAN di samping menyelaraskan peranan mekanisme ASEAN+1, ASEAN+3 serta kerjasama antara China, Jepun dengan Republik Korea. Tegas beliau, China bersedia berusaha bersama dengan pelbagai pihak untuk mendorong kerjasama Asia Timur berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Wen Jiabao juga mencadangkan untuk menubuhkan Pusat Pengajian dan Kerjasama Rantau Asia Timur untuk Hadapi Perubahan Iklim.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China