Sidang Pemimpin ASEAN 10+3 ke-13 telah diadakan di Hanoi, Vietnam petang semalam. Pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN dan China, Jepun serta Republik Korea sepakat bersetujuh mengeratkan kerjasama serantau dalam bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pembinaan infrastruktur.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang tersebut mengumumkan bahawa China akan memperuntukkan sejuta dolar Amerika kepada Tabung Kerjasama ASEAN 10+3 untuk meggalakkan pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur, dan sejuta dolar Amerika lagi kepada projek Rizab Beras Kecemasan ASEAN 10+3 (APTERR) demi menggalakkan pembangunan yang berterusan dalam pengeluaran pertanian serantau.