Cari:
Wen Akhiri Lawatannya ke Vietnam
2010-10-30 17:23:54 CRI Cetak

Selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5, Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengakhiri lawatannya di Vietnam dan kembali ke China petang tadi.

Dalam tempoh 28 hingga 30 Oktober ini, Wen Jiabao telah menghadiri siri sidang dua hala dan pelbagai hala.

Dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1), beliau menyatakan kedua-dua pihak perlu terus memberikan perhatian terhadap pembangunan dan kedamaian untuk bersama-sama melaksanakan rancangan tindakan lima tahun yang kedua.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea (10+3), beliau menyeru pelbagai pihak terus mendorong pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur. Selain itu, beliau menyatakan pelbagai negara perlu terus meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan bahan makanan, pembangunan pertanian yang berterusan dan pendidikan.

Dalam Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Pemimpin China, Jepun dan Republik Korea pula, Wen Jiabao menegaskan pemimpin ketiga-tiga negara ini perlu mengekalkan dialog dan meningkatkan kerjasama.

Sementara itu, China juga mengalu-alukan Rusia dan A.S. menganggotai Sidang Kemuncak Asia Timur dan berharap kedua-dua negara ini memainkan peranan yang membina.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China