Cari:
Pavilion Indonesia di Ekspo Dunia 2010 Mendapat Hadiah Gangsa Kategori Pameran Kreatif
2010-11-04 16:08:33 CRI Cetak

Pavilion Indonesia di taman Ekspo Dunia 2010 di Shanghai mendapat hadiah gangsa gred A bagi kategori pameran kreatif daripada pihak penganjur Ekspo Dunia 2010.

Menurut laporan media Indonesia, Naib Menteri Perdagangan negara itu, Mahendra Siregar menyatakan, selain hadiah tersebut, Pavilion Indonesia juga mendapat hadiah kerana jumlah pelawat ke pavilion mereka telah mencatat 8.15 juta. Angka ini menduduki 11.15% daripada jumlah pelawat keseluruhan ke ekspo itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Indonesia, Ardyansyah Parman juga berkata, Pavilion Indonesia dibanjiri orang ramai pada 31 Oktober lalu iaitu hari terakhir berlangsungnya Ekspo Dunia Shanghai. Terdapat 34 buah pavilion di taman ekspo itu telah mendapat hadiah daripada pihak penganjur dalam kategori reka bentuk, pameran kreatif dan pemaparan tema.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China