Cari:
Huang Yuehao, Wanita Myanmar Peniaga Jed di Beijing
2010-11-05 14:51:14 CRI Cetak

Barang kemas yang diperbuat daripada jed amat digemari oleh orang China sejak zaman dahulu. Manakala, zamrud yang dikenali sebagai "raja batu jed" banyak didapati di Myanmar. Oleh itu, batu zamrud sering kali memainkan peranan sebagai "utusan persahabatan" dalam perhubungan kedua-dua negara sejak zaman purba. Sempena ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik China-Myanmar pada bulan September yang lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kedamaian dan Pembangunan Myanmar, iaitu pemimpin tertinggi negara itu, Than Shwe telah mengadakan kunjungan ke Kuil Lingguang di sebelah barat luar bandar Beijing dan menghadiahkan sebuah ukiran patung Buddha yang diperbuat daripada batu zamrud.

Huang Yuehao mula menjalankan perniagaan jed dan zamrud di Beijing pada tahun 2004. Beliau yang berhati jujur dan mahir berbahasa Mandarin telah berjaya dalam perniagaannya tidak lama selepas itu. Pada tahun 2007, Huang Yuehao telah membuka sebuah lagi kedai di Xidan, iaitu kawasan membeli-belah yang amat makmur di Beijing. Menurut beliau, kedai yang dinamakan "Lima Kuntum Bunga Emas" itu mempunyai maksud yang tertentu, iaitu mengibaratkan lima orang adik-beradik perempuan dalam keluarganya. Kata beliau: "Keluarga kami sudah mengusahakan perniagaan jed selama empat generasi. Sekarang, 5 orang adik-beradik perempuan kami berniaga di 5 tempat yang berbeza, iaitu, Myanmar, A.S., Taiwan, Singapura dan Beijing."

Sekarang, perniagaan Huang Yuehao di Beijing semakin berkembang. Di samping itu, kemahiran dan pengalamannya dalam perniagaan tersebut juga turut meningkat. Katanya: "Jumlah jualan di kedai saya amat memuaskan. Jualan secara borong melebihi 200 ribu Yuan RMB sehari, manakala jualan runcit pula mencatat kira-kira 50 hingga 60 ribu Yuan sehari."

Menurut beliau, kegiatan perniagaan tidak dapat dijayakan tanpa sokongan daripada rakan kerjasama. Ketika berinteraksi dengan rakan perniagaan, Huang Yuehao bersedia berperanan sebagai "utusan" ke arah meningkatkan persefahaman antara rakyat di kedua-dua negara. Menurut Huang Yuehao bahawa peniaga di China mempunyai banyak pengetahuan tentang jed dan zamrud yang dikeluarkan di Myanmar, tetapi mereka tidak berapa mengetahui tentang negara Myanmar. Oleh itu, Huang Yuefao selalu mencadangkan kepada rakan perniagaannya melawat atau meninjau ke Myanmar, untuk melihat sendiri keadaan negara ini dengan mata kepala mereka. Katanya: "Ada rakan perniagaan saya yang menganggap Myanmar sebagai sebuah negara yang amat mundur, malah bimbang akan dirompak ketika melawat ke sana. Sebenarnya, Myanmar ialah sebuah negara yang beragama Buddha, dan situasi masyarakatnya amat selamat. Terdapat beberapa rakan perniagaan saya yang memeluk agama Buddha selepas melawat ke Myanmar."

Ketika memperkatakan rancangan perniagaan pada masa akan datang, Huang Yuehao menunjukkan minatnya untuk membawa ukiran kayu dan perabot Myanmar untuk dijual di China. Menurutnya, barangan kayu bermutu buatan Myanmar mendapat sambutan yang amat baik semasa Ekspo China-ASEAN Ke-7 yang diadakan di Nanning, Guangxi China pada penghujung Oktober lalu. Sekarang, Huang Yuehao telah membiasakan diri dengan kehidupan di Beijing. Beliau berharap boleh terus menetap dan berniaga di sini pada masa depan. Katanya: "Beijing ialah sebuah bandar yang amat baik. Sekarang, saya menghabiskan kebanyakan masa di sini sepanjang tahun, selain lebih kurang 10 hari sahaja kembali ke Myanmar untuk memborong barangan. Sekarang, saya sudah mempunyai ramai kawan baik di Beijing."

Dalam akhir temu bual tersebut, Huang Yuehao ingin berkirim salam kepada ibu bapanya yang berada di Singapura menerusi siaran radio CRI. Katanya: "Semoga ibu bapa gembira selalu dan sihat walafiat. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan terima kasih kepada CRI yang sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada saya!"

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China