Sukan Asia ke-16 yang sedang berlangsung di Guangzhou telah memasuki hari keempat. Setakat berita ini dikeluarkan, kontinjen China menduduki tempat pertama dalam kutipan pingat emas dengan meraih 60 pingat emas. Kontinjen Repulik Korea dan Jepun masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Setakat hari ini, kontinjen Malaysia berjaya meraih satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa.
Kontinjen Indonesia telah meraih tujuh pingat, iaitu satu perak dan enam pingat gangsa. Kontinjen Singapura pula memperoleh satu pingat perak dan satu pingat gangsa.