Skuad Malaysia telah meraih 3 daripada 4 pingat emas dalam acara skuasy Sukan Asia di Guangzhou semalam.
Atlet Malaysia, Mohamad Azlan Iskandar dan Nicol Ann David masing-masing menjadi johan dalam pertandingan perseorangan lelaki dan wanita manakala pasukan wanita meraih pingat emas dalam pertandingan berpasukan.
Sementara itu, pasukan lelaki Malaysia ditewaskan oleh pasukan Pakistan dalam pertandingan akhir.