Cari:
Media Asia Tenggara: Sukan Asia di Guangzhou Penuh Gemilang
2010-11-29 14:41:06 CRI Cetak

Media dari negara-negara Asia Tenggara, termasuk Singapura, Malaysia dan Filipina, semalam memberikan pujian yang tinggi terhadap Sukan Asia yang baru ditutup di Guangzhou pada 27 November lalu itu. Mereka menyifatkannya sebagai "sebuah temasya yang penuh gemilang", serta "salah sebuah temasya sukan yang paling berjaya dalam sejarah".

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura melaporkan, beberapa orang anggota Majlis Olimpik Asia menganggap bahawa majlis perasmian temasya sukan tersebut sama menariknya berbanding majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing. Sejumlah besar atlet pula berpendapat bahawa kemudahan yang disediakan di Kampung Atlet di sana juga setanding atau mengatasi taraf Sukan Olimpik.

Akhbar Sin Chew Daily pula melaporkan, Sukan Asia di Guangzhou ini ialah sebuah temasya sukan yang berskop besar dan bertaraf tinggi. Hasil daripada persiapan rapi yang dibuat oleh pihak penganjur, Sukan Asia kali ini menjadi sebuah temasya yang bersih daripada ubat perangsang. Antara 1400 ujian tentang penggunaan ubat perangsang yang dilakukan, hanya 2 sahaja yang menunjukkan keputusan positif.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China