Cari:
MSN Minta Atlet Paralimpik Ke Guangzhou Buktikan Sukan Itu Acara Profesional
2010-12-02 12:28:50 CRI Cetak

Bernama Malaysia melaporkan, Majlis Sukan Negara (MSN) mahu atlet paralimpik Malaysia ke temasya sukan Para-Asia di Guangzhou, China membuktikan kepada masyarakat bahawa sukan itu adalah acara profesional dan bukan untuk "suka-suka".

Pengarah Cawangan Paralimpik MSN, Mohd Safrushahar Yusoff berkata, atlet patut memberikan yang terbaik pada kejohanan Orang Kurang Upaya (OKU) kedua terbesar dunia yang dijadual dari 12 hingga 29 Disember ini.

Beliau berkata, penyertaan mereka juga bukan sekadar memburu pingat, tetapi juga untuk memastikan kelayakan mereka untuk beraksi dalam Sukan Paralimpik London 2012.

Beliau menambah, MSN telah menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh dikatakan terbaik dalam sejarah sukan paralimpik negara kepada atlet-atlet bagi menghadapi temasya peringkat Asia itu. MSN bukan hanya menawarkan latihan sepenuh masa kepada semua atlet paralimpik yang berkelayakan, malah hal kebajikan dan elaun serta kemudahan tempat tinggal juga diberikan secara percuma kepada mereka. Selain itu, atlet juga diberi peluang untuk beraksi di peringkat antarabangsa seperti dalam kejohanan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), selain kejohanan dalam negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China