Cari:
Pegawai Kanan Kemboja Berikan Pengharagaan Tinggi kepada Sukan Asia di Guangzhou
2010-12-03 14:18:54 CRI Cetak

Sukan Asia Ke-16 telah melabuhkan tirainya di Guangzhou, China pada 27 November lalu. Temasya sukan yang berlangsung selama setengah bulan ini merupakan satu perhimpunan yang penuh inspirasi dengan penyertaan ribuan atlet dari pelbagai negara di rantau Asia. Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, pegawai kerajaan Kemboja yang datang menyaksikan Sukan Asia di Guangzhou memberikan pengharagaan yang tinggi kepada pesta sukan tersebut, dan melahirkan harapan untuk menimba pengalaman daripadanya supaya kemboja dipilih menjadi tuah rumah bagi Sukan Asia Tenggara.

Menteri Pelancongan Kemboja merangkap Pengerusi Jawatankuasa Olimpik negara itu, Thong Khon berkata: "Sukan Asia Ke-16 yang diadakan di Guangzhou ini telah meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara negara-negara di Asia, dan merupakan satu perhimpunan yang sungguh meriah bagi seluruh rantau Asia."

Setiausaha Negara Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Phay Sok pula berkata: "Saya berasa amat bangga dan gembira kerana berpeluang menyaksikan Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou. Temasya sukan ini merupakan satu perhimpunan yang cukup meriah yang disertai oleh atlet dari 45 buah negara dan kawasan di rantau Asia. "

Ini adalah kali kedua bagi Menteri Pelancongan Kemboja, Thong Khon dan setiausaha Phay Sok melawat Guangzhou. Menurut Menteri Thong Khon, perubahan besar yang berlaku di Guangzhou pada beberapa tahun kebelakangan ini amat mengagumkan.

Kata beliau: "Segala-galanya di sini sungguh cantik. Guangzhou telah mencapai kemajuan yang amat baik. Ini boleh dibuktikan dengan bandar yang bersih, lalu lintas yang lancar dan stadium-stadium yang mempesonakan. Kami telah melawat kampung atlet Sukan Asia dan mengambil gambar di tempat bendera kebangsaan pelbagai negara Asia dinaikkan. Keindahan di sana amat mengagumkan, hingga membuatkan kami semua tidak ingin balik."

Menurut Menteri Pelancongan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Kemboja itu, kontinjen Kemboja yang menyertai Sukan Asia kali ini terdiri daripada 37 orang anggota, antaranya 22 orang atlet, 8 orang jurulatih dan 7 orang pegawai. Walaupun atlet kemboja gagal meraih sebarang pingat, namun mereka dikatakan sudah mencapai kejayaan apabila menyertai Sukan Asia kali ini. Kata beliau: "Kami telah memperoleh banyak pengalaman daripada penyertaan dalam Sukan Asia ini. Sukan merupakan jambatan yang menjalinkan persahabatan. Melalui pertandingan dalam Sukan Asia di Guangzhou, kami telah saling mengenali dan berinteraksi dengan warga negara-negara Asia yang lain."

Kini, Kemboja sedang membuat persiapan dengan bersungguh-sungguh untuk memohon hak menganjurkan Sukan Asia Tenggara 2015. Maka, penyertaan Kemboja dalam Sukan Asia di Guangzhou juga bertujuan untuk menimba pengalaman daripada usaha yang telah dilakukan untuk menjayakan temasya sukan tersebut. Ketika menyebut tentang kerja persiapan untuk Sukan Asia Ke-16, Thong Khon berkata: "Saya tidak sangka kerja persiapan dibuat dengan begitu baik. Saya telah mengunjungi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou dan mendapat banyak maklumat tentang kerja persiapan untuk temasya sukan kali ini. Usaha menganjurkan Sukan Asia di Guangzhou melibatkan peruntukan kewangan dan tenaga manusia yang amat besar jumlahnya. Stadium dan kemudahan bagi Sukan Asia ini akan menjadi daya tarikan baru yang dapat memacu industri pelancongan di Guangzhou selepas Sukan Asia ini."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China