
Pertandingan Sukan Para Asia di Guangzhou hari ini memasuki hari ketiga. Dalam pertandingan yang telah selesai pagi tadi, Fraidden Dewan memenangi pingat emas dalam acara renang 400 meter gaya bebas lelaki dan membaharui rekod Asia. Selain itu, Mohd Hisham Khaironi juga menyumbang sebuah pingat emas dalam acara lari 200 meter lelaki. Pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara Malaysia, Mohd Safrushahar B. Yusoff berpuas hati terhadap pencapaian kontinjen Malaysia setakat ini.
