Cari:
Projek Pembinaan Landasan Kereta Api Laju Nanning-Hanoi Digerakkan
2010-12-25 16:20:55 Agensi Berita China Cetak

Projek pembinaan landasan kereta api laju yang akan menghubungkan Nanning, Guangxi China dengan Hanoi Vietnam digerakkan berikutan kelulusan pelan pembinaan landasan kereta api dari Nanning ke Pingxiang oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China baru-baru ini. Projek tersebut dijadualkan siap dibina pada tahun 2014.

Menurut Ketua Pengarah Biro Kereta Api Nanning, Encik Zhang Qianli, ini menandakan pembinaan rangkaian landasan kereta api yang menghubungkan Nanning dengan Hanoi, Vientiane dan Yangon telah mengorak langkah pertama.

Pada masa ini, Kementerian Kereta Api China sedang berunding dengan pihak Vietnam untuk mempercepat pembinaan rangkaian landasan kereta api laju itu. Setakat ini, kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan peringkat awal. Rancangan teknikal sedang dinilai oleh pihak Vietnam.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China