Pengerusi Persatuan Pengeluar Malaysia, Tan Sri Mustafa Mansur dalam Forum Pembangunan Industri China-ASEAN yang diadakan baru-baru ini menyatakan bahawa pelabur China boleh mengejar peluang perniagaan dalam lapan sektor di Malaysia, iaitu gas asli, minyak kepala sawit, sumber tenaga berterusan, pengairan, sistem rawatan air kumbahan, loji jana kuasa hidroelektrik, loji jana kuasa nuklear dan industri memproses makanan.