Cari:
Rakan Dialog ASEAN Cadang Program Selaras dengan ICT
2011-01-13 16:33:35 CRI Cetak

Rakan Dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Republik Korea telah mencadangkan beberapa program selari dengan enam teras strategik Pelan Induk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ASEAN 2015 ke arah memantapkan pembangunan ICT di kalangan negara anggota.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamarudin Siaraf memaklumkan, kerajaan Jepun bercadang untuk membangunkan Koridor Jalur Lebar ASEAN bagi membantu melonjakkan usaha anggota negara ASEAN untuk menjadi negara maju serta merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015. China pula memberi fokus kepada program pembangunan ICT di kalangan masyarakat luar bandar, kerjasama dalam keselamatan informasi, pembangunan modal insan dan sebagainya. Republik Korea pula telah mencadangkan program kerjasama seperti pembangunan infrastruktur dan aplikasi teknologi khususnya dalam bidang penyiaran serta kerjasama dalam persidangan antarabangsa. Di samping itu, Kesatuan Eropah dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) juga menyokong usaha-usaha ASEAN dalam membangunkan sektor telekomunikasi dan ICT dan bersedia memberi kerjasama dalam menjayakan usaha tersebut.

Pelan Induk ICT akan dilancarkan semasa Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (TELMIN) ASEAN ke-10 di Kuala Lumpur hari ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China