Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah getah Malaysia yang dieksport ke China meningkat dengan besar pada tahun 2010. Hampir 320 ribu tan getah Malaysia dieksport ke China pada bulan Januari hingga bulan November tahun lalu. Angka tersebut telah meningkat 30% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2009.
Antaranya, jumlah getah Malaysia yang dieksport ke China pada bulan November tahun yang lalu telah mencatat 53% yang merupakan tahap peningkatan paling besar. Sebanyak 44 ribu tan daripada 73 ribu tan getah yang dihasilkan Malaysia telah dieksport ke China pada bulan November tahun 2010.