Cari:
Chai Xi: Perdagangan China-Malaysia Cecah 74.2 Bilion Dolar Amerika
2011-01-31 14:13:02 Agensi Berita China Cetak
Perdagangan China-Malaysia pada tahun 2010 meningkat 42.8%, iaitu mencecah 74.2 bilion dolar Amerika. Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi ketika diwawancara oleh wartawan baru-baru ini.

Beliau menyatakan bahawa hubungan antara China dan Malaysia berkembang dengan stabil pada tahun 2010. Atas usaha kedua-dua negara bersama-sama, kepercayaan politik antara kedua-dua pihak terus meningkat, kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan berkembang pesat. Selain itu, kerjasama dalam bidang budaya, pendidikan dan pelancongan semakin meningkat dan amat berhasil. Bidang yang paling memuaskan adalah perdagangan dua hala China-Malaysia mencipta rekod baru, iaitu mencecah 74.2 bilion dolar Amerika dan Malaysia menjadi rakan dagang terbesar bagi China antara negara ASEAN pada tiga tahun berturut-turut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China