Akhir-akhir ini, Institut Konfusius di Indonesia mengadakan aktiviti untuk merayakan Tahun Baru China.
Badan Penyelaras Pendidikan Bahasa Mandarin di Jakarta (BKPBM) semalam mengadakan majlis jamuan makan malam untuk meraikan tenaga pengajar sukarela dari China serta pelajar China yang menuntut di Indonesia.
Naib Menteri Pendidikan Indonesia, Fasli Jalal, ketika berucap pada majlis tersebut, menyatakan bahawa dengan semakin eratnya kerjasama dalam bidang pendidikan, hubungan antara China dengan Indonesia juga menjadi semakin rapat.
Beliau berharap kerjasama antara kedua-dua negara dapat diperkukuh lagi pada tahun yang baru ini.