Kini, melancong ke luar negara telah menjadi pilihan yang paling popular bagi rakyat China ketika menyambut Tahun Baru China. Pakej percutian ke pulau di Asia Tenggara telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk Yunnan sempena Tahun Baru China 2011 ini.
Difahamkan, meskipun harga kebanyakan pakej pelancongan ke luar negara sempena Tahun Baru China telah naik, namun masih ramai penduduk tempatan menempah produk berkenaan sejak awal tahun ini. Pemandangan semula jadi di pulau-pulau di negara Asia Tenggara yang mempunyai cuaca berbeza telah menjadi daya tarikan utama kepada penduduk Yunnan.