
Syarikat Jentera Lishun Berhad ialah sebuah syarikat swasta yang mengusahakan pengeluaran jentera pertanian di Guangxi, China. Syarikat itu mencapai prestasi yang amat baik berdasarkan usaha inovasi teknologi dan produk yang bermutu tinggi. Kini, penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) menyediakan peluang perniagaan baru kepada syarikat itu. Sehubungan dengan itu, bagaimana menawarkan produk yang bersesuaian dengan permintaan pasaran di negara-negara ASEAN menjadi kerja utama Syarikat Jentera Lishun Berhad dalam meneroka pasaran di seberang laut.
Menurut Naib Pengurus Besar Syrikat Jentera Lishun Behad, Encik Li Jisheng bahawa penyelidikan untuk menghasilkan produk baru dan pembangunan jenama sendiri amat penting bagi meningkatkan daya saing syarikat di pasaran domestik dan luar negara. Beliau berkata: "Kami berjaya membangunkan jenama syarikat melalui usaha inovasi, dan mencapai kepopularan di pasaran antarabangsa. Perkembangan syarikat dan pencapaian keuntungan bergantung kepada usaha penyelidikan untuk menghasilkan produk baru. Jumlah eksport jentera pertanian kami mencatat 3,035 buah pada tahun 2010, meningkat 126% berbanding dengan tahun 2009."
Produk Syarikat itu buat pertama kali dieksport ke Vietnam pada tahun 1989. Pada tahun 2003 pula, Syarikat Jentera Lishun Berhad menjalinkan hubungan kerjasama dengan Syarikat Vinamotor untuk bersama-sama meneroka pasaran Vietnam. Pengurus Jabatan Import-Eksport Syarikat Jentera Lishun Berhad, Puan Zhao Yuxia berkata: "Kenderaan pertanian kami dieksport ke Vietnam sejak tahun 2003. Jumlah eksport ini meningkat kepada 30 juta dolar Amerika pada tahun 2008 daripada hanya 700 ribu dolar Amerika sahaja pada tahun 2003. Kami telah menubuhkan jabatan di Hanoi untuk memberikan perkhidmatan pasca-jualan kepada para pelanggan. Sekarang, penghantaran alat ganti ke Vietnam hanya mengambil masa satu atau dua hari sahaja."

Produk jentera pertanian Syarikat Jentera Lishun Berhad kini mendapat sambutan yang amat baik di Vietnam. Kejayaan ini turut menambah keyakinan mereka untuk meneroka pasaran di beberapa buah negara ASEAN yang lain, seperti Malaysia dan Indonesia. Demi memastikan kenderaan pertanian sesuai dipakai di ladang kelapa sawit yang berlumpur, Syarikat Jentera Lishun Berhad telah mengadakan inovasi terhadap produk kenderaan sendiri, supaya ia mampu mendaki cerun yang curam dan lebih fleksibel. Puan Zhao Yuxia berkata: "Syarikat kami mula meneroka pasaran di Malaysia dan Indonesia pada tahun 2006. Sekarang, pemasangan kenderaan pertanian kami boleh dilakukan di Indonesia dengan siap ditubuhkannya tertib pengeluaran di sana. Kami telah mengadakan tinjauan ke banyak ladang kelapa sawit di Indonesia. Terdapat potensi pasaran yang amat besar di Indonesia memandangkan penduduk yang begitu ramai dan wilayah yang luas di negara itu."








