Cari:
50 Ahli Perniagaan China dari APCE Lawat ECER
2011-02-22 10:23:51 CRI Cetak

Bernama Malaysia melaporkan, 50 peniaga terkemuka China daripada Persatuan Usahawan China Asia-Pasifik (APCE), kini telah menyelesaikan lawatan selama dua hari ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi mengenal pasti peluang-peluang pelaburan di koridor ekonomi berkenaan.

Lawatan ini bermatlamat mempromosikan hubungan perniagaan yang lebih kukuh dengan diaspora Cina Malaysia. Lawatan APCE dianggap penting dalam usalah menarik lebih ramai pelabur China ke ECER. Demikian dinyatakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam kenyataan pada Ahad.

Ahli perniagaan terbabit meneroka peluang-peluang dalam bidang pelancongan pertanian, teknologi tinggi dan pengilangan keluli, aktiviti runcit dan komersil, pembangunan hartanah dan pendidikan.

Lokasi strategik ECER yang berhadapan Laut China Selatan memberikannya kelebihan dalam memberi perkhidmatan kepada pasaran Timur Jauh dan Asia Pasifik. China dikenal pasti antara pasaran tumpuan dalam promosi pelaburan ECERDC, selain Timur Tengah dan India.

Semalam, ahli perniagaan berkenaan telah melawat tiga projek utama EREC di Pahang, iaitu Taman Perindustrian Automotif Pekan, Kota Pelabuhan Kuantan dan Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China