Bernama Malaysia melaporkan, buat pertama kalinya produk durian Malaysia yang sejuk beku akan dieksport ke China.
Kejayaan itu adalah hasil perjanjian bernilai 10 juta yuan (kira-kira RM4.6 juta) antara Asia Shangtex Sdn Bhd, syarikat konsesi yang akan membekalkan produk pertanian dari ASEAN ke Pusat Dagangan Produk Antarabangsa Xijiang Shanghai. Kontrak itu adalah untuk membekalkan pelbagai jenis produk durian dalam kuantiti yang besar ke pasaran China selama setahun.
"China mengimport durian segar, kebanyakannya dari Thailand. Memandangkan durian Malaysia tidak dapat memasuki pasaran negara itu berikutan isu teknikal di peringkat kerajaan." Demikian dinyatakan oleh Pengurus Kanan Asia Shangtex, Yap Jian Shoong selepas majlis pemeteraian kontrak itu yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Rashidi Hasbullah di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, pemeteraian itu merupakan kejayaan penting untuk pengeluar produk tropika di Malaysia kerana ia telah membuka pintu untuk produk buah-buahan Malaysia memasuki pasaran China secara besar-besaran.