Cari:
Xinhua, Maybank Jalin Kerjasama Strategik
2011-02-24 11:19:43 CRI Cetak

Utusan Malaysia melaporkan, Malayan Banking Bhd. (Maybank) memeterai kerjasama strategik dengan Agensi Berita Xinhua China, bagi menyediakan laporan berita mengenai perkembangan di republik itu kepada Maybank.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur semalam, Xinhua juga bakal menerima manfaat daripada kerjasama ini apabila dapat mengakses maklumat mengenai sektor kewangan Malaysia dan ASEAN daripada Maybank.

"China adalah rakan dagang ketiga terbesar ASEAN yang mana Malaysia adalah yang terbesar dengan dagangan dua hala bernilai 74 bilion dolar Amerika (225.47 bilion ringgit Malaysia). Perjanjian ini berpotensi untuk membuka pasaran kepada dua bilion rakyat di rantau ini, terutamanya selepas China mencapai status ekonomi kedua terbesar di dunia." Demikian dinyatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Abdul Wahid mewakili Maybank menandatangani perjanjian tersebut dengan Naib Presiden Agensi Berita Xinhua, Lu Wei di Beijing, China semalam.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China