
China South City Holdings Berhad ialah sebuah syarikat pemaju hartanah besar yang beribu pejabat di bandar Shenzhen, China. Kini, sebuah projek pembangunan hartanah yang berskala besar sedang dilaksanakan oleh syarikat itu di bandar Nanning, iaitu ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China. Projek yang menelan peruntukan sebanyak 12 bilion Yuan RMB itu melibatkan pembinaan perumahan, kompleks beli-belah dan pusat pameran dan persidangan dengan keluasan keseluruhannya 227 hektar. Syarikat China South City Holdings Berhad juga menyasarkan projek hartanahnya di Nanning itu sebagai tempat penganjuran aktiviti-aktiviti dalam Ekspo China-ASEAN di samping menyediakan wadah perniagaan yang terbuka kepada peniaga dari negara-negara ASEAN.
Naib Ketua Pengurus bagi projek China South City di Nanning, Encik Zhang Liyang berkata: "Projek hartanah ini dilakukan memandangkan kelebihan geografi Guangxi dalam kerjasama dengan ASEAN. Pucuk pimpinan syarikat kami amat mengenali ASEAN dan konsep '10+1'. Projek pembinaan kami di Nanning diharapkan membantu pengubahsuaian struktur industri tempatan dan memperbaiki iklim pelaburan di sana."
Fasa pertama projek China South City di Nanning telah dilakukan pada bulan Oktober tahun 2009. Projek pembinaan berkenaan melibatkan Pusat Pameran dan Perniagaan ASEAN. Antaranya ruang pameran seluas 50,000 meter persegi di pusat tersebut akan ditawarkan secara percuma kepada peniaga dari negara-negara ASEAN selama 5 tahun untuk mempamerkan barangan dan produk ASEAN yang istimewa. Dewan pameran dan perniagaan barangan ASEAN dijangka siap dibina pada awal tahun 2012. Pengurus Pasaran Seberang Laut, Puan Hong Like berkata: "80% syarikat domestik yang ingin beroperasi di China South City Nanning ini berhasrat untuk meneroka potensi pasaran di negara ASEAN. Di samping itu, syarikat dari negara ASEAN yang mengadakan pengurusan mereka di sini juga berpeluang berinteraksi dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat China."

Berbeza dengan projek hartanah yang dilakukan oleh Syarikat China South City Holding Berhad di bandar-bandar China yang lain, projek mereka di Nanning itu adalah menyasarkan pasaran ASEAN. Oleh itu, pelbagai dasar keutamaan telah dilaksanakan oleh syarikat tersebut untuk menarik minat penyertaan peniaga ASEAN dan memberikan perkhidmatan yang baik kepada mereka.
Naib Ketua Pengurus China South City Nanning, Encik Zhang Liyang berkata: "Dasar keutamaan yang kami mengemukakan ini bertujuan memudahkan peniaga ASEAN mengadakan pengurusan mereka di China. Selain menawarkan gerai yang percuma, kami juga akan memberikan kemudahan kepada peniaga ASEAN dari segi pengangkutan, promosi dan kehidupan."








