Cari:
Kakitangan CRI Sertai Pertandingan Badminton Anjuran Maycham
2011-02-26 14:28:46 CRI Cetak

(Duta besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin Bergambar dengan staf Jabatan Penyiaran Asia Tenggara CRI)

Pertandingan badminton anjuran Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia di China(Maycham) diadakan di Beijing hari ini. Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu disertai oleh lebih 50 orang peminat badminton, antaranya termasuk pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di China, tokoh-tokoh kalangan perniagaan serta mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang melanjutkan pelajaran di China.

Pasukan badminton Radio Antarabangsa China(CRI) yang terdiri daripada kakitangan Pusat Penyiaran Asia Tenggara antara salah satu daripada kesemua 10 buah pasukan yang menyertai pertandingan badminton kali ini.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin yang merasmikan pertandingan ini berkata, aktiviti sukan seperti ini amat digalakkan kerana ia bukan sahaja membolehkan kita mengenali antara satu sama lain, malah memanfaatkan kesihatan kita. Menang atau kalah dalam pertandingan ialah perkara kedua, yang lebih penting ialah memupuk semangat untuk bekerjasama dan bersama-sama mengambil bahagian.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China