Pasar Buah dan Sayur Jiangnan, Guangzhou menjadi terkenal melalui penjualan buah-buahan yang segar dari negara-negara ASEAN.
Guangdong antara salah sebuah provinsi yang berdekatan dengan negara-negara ASEAN, malah dihubungi dengan jaringan pengangkutan yang amat sempurna dengan ASEAN. Kerjasama pelaburan, perdagangan dan ekonomi antara Guangdong dengan negara-negara anggota ASEAN telah meningkat dari semasa ke semasa dalam beberapa tahun yang lalu, khususnya selepas penubuhannya Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada awal tahun 2010.
Menurut Naib Ketua Pengarah Jabatan Kastam Guangdong, Zhao Min berkata: "Penubuhan CAFTA bukan sahaja mengurangkan halangan perdagangan, tetapi juga menggalakkan pembangunan dan proses integrasi ekonomi serantau."
Menurut statistik daripada Jabatan Kastam Guangdong, tarif percuma berikutan penubuhan CAFTA merupakan faktor utama yang menjadikan jumlah import-eksport antara Guangdong dengan negara-negara ASEAN meningkat dengan ketara pada tahun 2010.
Li Yetao, seorang pegawai yang bertugas di sebuah pasar buah-buahan dan sayur-sayuran yang besar di Guangdong memberitahu wartawan bahawa pembatalan tarif percuma antara China dengan ASEAN memberikan peluang kepada mereka untuk memajukan pasar tersebut dengan memperdagangkan buah-buahan dari negara-negara ASEAN. Beliau berkata: "Buah-buahan dari negara ASEAN boleh melengkapi buah-buahan tempatan di pasaran dari segi musim dan jenisnya. Kos pengangkutan buah-buahan dari ASEAN juga agak murah kerana jaraknya tidak berapa jauh. Jumlah perdagangan buah-buahan ASEAN di pasar ini meningkat 15-20% pada tahun lalu.
Konsul Agung Vietnam di Guangdong, To Quoc Tuan juga memberikan penghargaan yang tinggi kepada penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) dalam menggalakkan perdagangan dan pelabran serantau. Kata beliau: "CAFTA yang ditubuhkan pada awal tahun 2010 membuka lembaran baru kepada kerjasama perdagangan antara Vietnam dengan Guangdong, China. Jumlah perdagangan anara kedua-dua pihak mencecah 5 bilion dolar Amerika pada tahun lalu. Sekarang, badan perdagangan kedua-dua negara sedang meneliti kaedah untuk membantu produk pertanian dan perikanan Vietnam menembusi pasaran China. Di samping itu, kami juga mengalu-alukan syarikat China melabur di Vitenam dalam industri pertanian dan perikanan."