Cari:
Negara-Negara Asia Tenggara Berikan Perhatian kepada Sidang Tahunan NPC dan CPPCC
2011-03-04 16:02:34 CRI Cetak

Negara-negara Asia Tenggara memberikan perhatian kepada Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) dan Sidang tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) yang diadakan di Beijing pada bulan Mac ini.

Menurut Nabi Presiden Pusat Penyelidikan Strategi dan Isu Antarabangsa Indonesia, Jusuf Wanandi bahawa pelbagai pendekatan akan digariskan dalam Rancangan Pembangunan Sosiaoekonomi China Lima Tahun Ke-12 bagi menyelesaikan masalah-masalan dalam perkembangan sosioekonomi. Ini termasuk, menjalankan pembangunan secara saintifik, mengubahsuasi kaedah pembangunan ekonomi serta meningkatkan kemampuan pembelian pengguna. Tambah beliau, perkembangan ekonomi China yang stabil dan sihat ialah sumbangan penting kepada ekonomi global.

Akhbar Lianhe Zaopao Singapura dalam rencana yang diterbitkan di laman sesawangnya pula berkata, pelbagai usaha penting akan dilakukan oleh China dalam tempoh 5 tahun akan datang seperti mengalihkan kaedah pertumbuhan ekonomi yang bergantung kepada kos buruh yang murah, mengecilkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan masyarakat dan melindungi keadaan persekitaran ekologi.

Ketua Editor Akhbar Dunia Fipilina berkata, perkembangan ekonomi merupakan asas kepada kestabilan politik sesebuah negara. Dasar ekonomi China seperti rancangan pembangunan ekonomi nasional dan kadar pertukaran mata wang perlu dibentukkan berdasarkan keadaan China sendiri.

Agensi Berita Vietnam dalam laporannya menyatakan bahawa 7 isu telah dijelaskan dalam laporan kerja CPPCC berhubung perkembangan ekonomi China pada masa depan. Pengerusi CPPCC, Jiang Qingli menegaskan bahawa pihaknya komited untuk menyumbang kepada mesyuarat politik, di samping menjalankan pemantauan demokratik dengan bersungguh-sungguh.

Laman Sesawang Dan Tri Vietnam dalam artikelnya berkata Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun Ke-12 membawa erti yang penting kepada perkembangan ekononi China, malah seluruh dunia. Masa lima tahun akan datang dianggap tempoh penting bagi China untuk merangsang penggunaan domestik, mendorong proses urbanisasi, meningkatkan taraf perkhidmatan awam serta merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang mesra alam.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China