Cari:
Sarjana Thailand: China Meningkatkan Belajanwan Pertahanan Tidak Akan Menjadi Ancaman bagi Negara Lain
2011-03-07 13:45:43 CRI Cetak

Sarjana Budaya China Thailand, Encik Korsak Thamcharonkij baru-baru ini diwawancara oleh wartawan CRI tentang "Laporan Kerja Kerajaan China Tahun 2011" yang dibuat oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China. Beliau menilai tinggi pencapaian kerajaan China dalam usaha menggalakkan hubungan kedua-dua pantai selat Taiwan dan pertukaran budaya dengan negara luar. Menurut beliau, tindakan China yang meningkatkan belanjawan pertahanan dalam rancangan pembangunan lima tahun yang baru itu tidak akan menjadi ancaman bagi negara yang lain.

Korsak menyatakan, pada beberapa tahun yang lalu, beliau mengagumi dan memuji pencapaian Tanah Besar dalam menggalakkan huhungannya dengan Taiwan. Usaha Tanah Besar untuk mengembang secara damai hubungannya dengan Taiwan dalam pelbagai bidang itu meredakan hubungan tegang di kedua-dua pantai selat Taiwan. Sebagai seorang Cina di seberang laut, beliau berpendapat itulah pencapaian yang paling menggembirakan dan cemerlang. Menurutnya, percanggahan antara Tanah Besar dengan Taiwan hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada kedua-dua pihak.

Menyatukan semula China secara damai merupakan cita-cita bagi bangsa China. China sentiasa mengekalkan fikiran tentang penyatuan negara sejak Dinasti Qin. Dipandang dari sudut falsafah dan budaya, China tidak menerima pemecahbelahan. Ini merupakan matlamat yang dikekalkan bangsa China pada beberapa ribu tahun yang lalu.

Di samping itu, Korsak juga menyanjung tinggi pertukaran budaya yang dilaksanakan oleh kerajaan China dengan dunia luar dan berpendapat, pertukaran seumpama itu perlu terus meningkat. Menurut beliau, ramai orang Thailand masih tidak mengetahui China. Pada beberapa tahun yang lalu, China menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin di Thailand dan menyediakan biasiswa untuk pelajar Thailand ke China. Pelaburan semacam ini dapat menggalakkan saling faham kedua-dua negara.

Menyentuh rancangan pembangunan lima tahun ke-12, Korsak berpendapat jika matlamat itu dapat dicapai, itu akan menjadi salah satu pencapaian yang luar biasa dalam sejarah. Contohnya, tugas untuk memuaskan rakyat amat berat, terutamanya bagi negara yang populasinya melebihi 1 bilion. Dapat memuaskan lebih separuh populasi sudah cukup hebat.

Mengenai tindakan China yang meningkatkan belajanwan pertahanan dalam rancangan pembangunan lima tahun ke-12, Korsak berpendapat, negara lain tidak perlu bimbang akan perkara ini. Tidak lama China membebaskan diri dari pencerobohan negara lain. China tidak akan menceroboh negara lain, namun sekurang-kurangnya harus mempunyai kemampuan bela diri. China hanya bertujuan untuk bela diri sahaja.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China