Cari:
Lianhe Zaobao: Pembangunan China Memanfaatkan Diri dan Seluruh Dunia
2011-03-08 13:27:33 CRI Cetak

Harian Lianhe Zaobao Singapura semalam menerbitkan rencana pengarang "kestabilan dan pembangunan akan diwujudkan bersama" yang menilai tinggi laporan kerja kerajaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China, dan berpendapat bahawa pembangunan China yang lancar itu memanfaatkan dirinya sendiri dan seluruh dunia.

Menurut rencana pengarang itu, walaupun Wen Jiabao memastikan pencapaian cemerlang dalam tempoh rancangan pembangunan lima tahun ke-11, namun, beliau juga menyifatkan pembangunan itu masih tidak seimbang, tidak selaras dan tidak berterusan. Berdasarkan pandangan itu, kerajaan China mengemukakan pelan penyelesaian dalam rancangan pembangunan lima tahun ke-12, termasuk usaha mempercepat peralihan cara pembangunan ekonomi dan menyusun semula struktur ekonomi, memberikan keutamaan kepada pendidikan, mendorong penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar serta meningkatkan pembaharuan dan pembinaan kerajaan.

Kerajaan China menetapkan kadar pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada lima tahun akan datang ialah 7%. Nyata sekali, China akan mengubahsuaikan cara pertumbuhan ekonominya dari mengutamakan kuantiti kepada mengutamakan kualiti, yang bermaksud usaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan yang disebut oleh Wen Jiabao. Tindakan ini akan menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat akibat konsep semata-mata KDNK diberikan keutamaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China