Projek gentian optik laut BDM yang menyambungkan Melaka, Malaysia dengan Dumai dan Batam Indonesia itu dijangka siap dibina pada suku tahun keempat tahun ini. Selepas projek itu siap dibina, ia akan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa yang lebih baik kepada Malaysia dan Indonesia untuk memenuhi keperluan perkhidmatan jalur lebar yang semakin bertambah di kedua-dua negara itu.