Cari:
Tokoh Usahawan ASEAN Mahu Cari Peluang Perniagaan dari Sidang Tahunan NPC dan CPPCC
2011-03-10 17:37:35 CRI Cetak

Tokoh-tokoh dari sektor industri dan perniagaan ASEAN memberikan perhatian yang besar kepada sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada tahun ini. Mereka mahu mencari peluang perniagaan yang baru daripada kedua-dua sidang tersebut.

Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk David Chua, ketika diwawancara oleh wartawan CRI semalam, menyatakan bahawa langkah kerajaan China untuk menggalakkan penggunaan domestik dan meningkatkan pendapatan penduduk akan menjadi penggerak yang baru kepada pertumbuhan ekonomi China dalam masa lima tahun akan datang.

Beliau berkata, peningkatan kuasa beli orang China pasti akan turut membawa lebih banyak keuntungan kepada industri pembuatan di negara-negara ASEAN.

Presiden Persatuan Perindustrian dan Perniagaan Negara Brunei, Encik Razali Johari pula menyatakan, dasar luar yang "bersahabat baik dengan negara jira", terbuka dan mengutamakan kerjasama yang diamalkan oleh kerajaan China amat dialu-alukan oleh negara-negara ASEAN.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China