Cari:
ZTE Memperolehi Kontrak Pembinaan Jaringan Telekomunikasi Wayarles di Malaysia
2011-03-17 14:41:21 CRI Cetak

Syarikat Berhad Telecom Zhongxing China (ZTE) menandatangani perjanjian dengan U Mobile Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin untuk membina jaringan telekomunikasi wayarles laju yang meliputi seluruh Malaysia.

Menurut Pengarah Asia Pasifik ZTE, Zheng Bang, jaringan tersebut akan menggunakan teknologi telekomunikasi generasi keempat dengan kelajuan muat turun mencatat 100 mb sesaat. Ia akan menjadi jaringan telekomunikasi paling laju di Malaysia.

Projek ini merupakan kali ketiga ZTE memperolehi kontrak pembangunan infrastruktur jaringan telekomunikasi Malaysia sejak ia memasuki pasaran negara tersebut pada tahun 2004, dan juga merupakan bahagian penting bagi rancangan peralihan ekonomi kerajaan Malaysia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China