Cari:
Pesta Kalimaran Bakal Berlangsung di Sabah April
2011-03-25 14:35:16 CRI Cetak
Pesta Kalimaran, iaitu perayaan kebudayaan tahunan bagi etnik Murut di Sabah akan berlangsung dari 7 hingga 10 April depan. Dijangka lebih 20 ribu orang mengunjungi sambutan kali ini. Pembangu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, sambutan kali ini akan diadakan di tiga lokasi berbeza. Ia dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Program tersebutdianjurkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui anjuran bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Tenom, dengan kerjasama Persatuan Murut Sabah.

Antara acara-acara utama ialah, pameran etnik Murut yang bakal memaparkan ketujuh-tujuh subetnik Murut, pertandingan mencipta lagu Murut, Ratu Kalimaran serta pameran, demonstrasi dan jualan kraftangan. Kalimaran merujuk kepada kegiatan kraftangan yang dilakukan oleh etnik Murut.

Pesta Kalimaran berasal daripada cerita dahulu kala mengenai seorang gadis Murut yang rela mengorbankan dirinya untuk dijadikan benih padi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China