Pembangunan China memberikan peluang kerjasama yang luas kepada Malaysia. Malaysia menjadi rakan dagangan China yang terbesar di ASEAN selama 3 tahun berturut-turut derngan jumlah dagangan dua hala yang sebanyak 74.2 bilion dolar Amerika pada tahun lepas. Ini membuktikan potensi yang besar dan prospek yang luas bagi perkembangan dagangan kedua-dua negara.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negaranya bersedia untuk terus meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dengan China dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, kebudayaan dan pelancongan.
Beliau berkata demikian dalam pertemuannya dengan Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Hua Jianmin di Kuala Lumpur hari ini.
Hua Jianmin menyatakan, negaranya bersedia meningkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia untuk mendorong perkembangan kerjasama strategik kedua-dua pihak.
Hua Jianmin dalam rangka lawatannya turut bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara Malaysia.