Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan Hua Jianmin -- visual sumber: Utusan Online
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemui Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Hua Jianmin di Kuala Lumpur semalam.
Dalam pertemuan itu, Hua Jianmin berkata bahawa "Pelan Tindakan Bersama bagi Kerjasama Strategik" yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara pada tahun 2009 menjadi pemacu penting dalam hubungan dua hala. Beijing bersedia bekerjasama dengan Kuala Lumpur meningkatkan lagi kerjasama strategik berdasarkan prinsip saling menguntungkan.
Datuk Seri Najib dalam ucapan balasnya menyatakan kesediaan pihaknya pula meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, kewangan, kebudayaan dan pelancongan. Menurutnya, kepesatan ekonomi China menyediakan banyak peluang kepada Malaysia.