Cari:
Yunnan Tunjukkan Tarikan Pelancongan yang Semakin Besar kepada Pelancong ASEAN
2011-04-02 16:50:09 CRI Cetak

Provinsi Yunnan yang terletak di bahagian barat daya China mempunyai glamor pelancongan bukan sahaja ia dengan alam semula jadi yang indah, malah dengan cuacanya yang nyaman sepanjang tahun. Yunnan bersempadan dengan tiga buah negara ASEAN, iaitu Vietnam, Laos dan Myanmar, dan dihubungkan dengan Thailand melalui jalan raya antarabangsa Kunming-Bangkok yang sepanjang 1,800 kilometer. Kini, jumlah pelancong dari negara-negara ASEAN yang melawat ke Yunnan semakin bertambah ramai, khususnya selepas ditubuhkannya Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada tahun 2010.

Menurut Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Provinsi Yunnan, Encik He Chikang bahawa pada tahun 2010, jumlah pelancong dari Thailand yang melawat Yunnan meningkat kira-kira 38% berbanding dengan tahun 2009, mencatat jumlah pelancong paling ramai dari rantau ASEAN. Di samping itu, jumlah pelancong dari pelbagai negara ASEAN yang lain juga masing-masing meningkat lebih 10% .

Hen Chikang berkata, perkembangan industri pelancongan yang pesat di Yunnan selepas CAFTA ditubuhkan bukan sahaja dapat dilihat daripada jumlah pelancong yang semakin ramai, tetapi juga kerjasama yang semakin rapat antara sektor pelancongan di negara-negara serantau. Sekarang, beberapa laluan pelancongan ke Yunnan, Thailand, Laos, Myanmar yang ditawarkan oleh agen pelancongan telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para pelancong.

Menurut He Chikang, sumber-sumber pelancongan di Yunnan mempunyai keunggulan sendiri dari tiga aspek, iaitu iklam yang nyaman, keadaan ekologi yang sempurna serta budaya etnik minoriti yang kaya dan istimewa.

Belaiu menambah bahawa sumber pelancongan di Yunnan dan negara-negara ASEAN boleh melengkapi antara satu sama lain kerana kebanyakan pemandangan di ASEAN ialah pesisir pantai, manakala pemandangan di Yunnan pula berada di kawasan pergunungan. Hal ini boleh memenuhi cita rasa pelancong yang berbeza.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China