Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) yang ditubuhkan pada awal tahun 2010 membantu penerokaan potensi kerjasama dalam kalangan syarikat. CAFTA bukan bermakna membatalkan tarif perdagangan sahaja, tetapi juga akan mendorong pembentukan rantai industri yang lebih efisien di rantau ini. Pembatalan tarif kargo membolehkan perusahaan serantau untuk memperoleh bahan mentah yang lebih murah. Selain itu, kerjasama dalam proses pengeluaran dan eksport jug akan membantu menurunkan lagi kos pengeluaran dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat di rantau ini.
Syarikat Pengeluar Kertas Taiyang yang beroperasi di Provinsi Shandong antara salah sebuah syarikat China yang aktif mengambil peluang daripada CAFTA untuk memajukan perniagaan mereka.
Naib Ketua Pengurusi Besar syarikat itu, Encik Yingguangdong berkata: "Kami sentiasa menghadapi masalah kekurangan bahan mentah dalam proses pengeluaran. Maka, keuntungan syarikat selalu terjejas akibat harga bahan mentah yang turun-naik di pasaran antarabangsa. Oleh yang demikian, pangkalan hutan sendiri perlu ditubuhkan bagi memastikan pembangunan syarikat ini yang lancar dan stabil. Akhirnya, kami memilih Laos untuk membangunkan pangkalan hutan sendiri memandangkan terdapatnya hubungan yang erat antara kedua-dua negara, dan iklim yang baik di Laos.
Pada tahun 2006, Syarikat Pengeluar Kertas Taiyang mula melakukan projek penanaman pokok di provinsi Savannakhet, Laos. Hingga kini, pangkalan hutan syarikat ini telah meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.
Pembinaan pangkalan hutan Syarikat Taiyang di Laos berjalan lancar dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat tempatan. Sebagai tanda terima kasih, syarikat itu juga memberikan bantuan kewangan sejumlah lebih 200,000 Yuan RMB setiap tahun dalam usaha memperbaiki hidup rakyat, seperti pembinaan jalan raya, sekolah dan hospital.