China menghormati kedaulatan Myanmar dan akan terus menyokong usaha kerajaan itu untuk mencapai perdamaian kebangsaan. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Jia Qinglin ketika bertemu dengan Presiden Myanmar, U Thein Sein di Nay Pyi Daw, ibu negara Myanmar semalam.
Jia Qinglin menyatakan keyakinan bahawa kerajaan Myanmar yang baru akan berusaha untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di kawasan sempadan China-Myanmar, selain mewujudkan persekitaran yang mantap untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Myanmar.
Presiden Myanmar, U Thein Sein pula menyatakan bahawa dasar kerajaan yang baru terhadap China tidak akan berubah, dan akan menggalakkan hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.
Jia Qingling semalam juga bertemu dengan Presiden Dewan Persekutuan merangkap Speaker Dewan Kebangsaan, U Khin Aung Myint di Nay Pyi Daw.
Jia Qinglin telah menamatkan lawatan di Myanmar hari ini, dan berlepas dari negara itu ke Australia untuk mengadakan lawatan rasmi dan bersahabat.