Cari:
Hubungan Persahabatan Terjalin Antara Guangxi dengan Perak Malaysia
2011-04-06 15:30:57 CRI Cetak

Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China telah menjalinkan hubungan rasmi dengan negeri Perak, Malaysia semalam. Setiausaha Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi Parti Komunis China, Guo Shengkun dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman ( MoU) di bandar Ipoh.

Guo Shengkun yakin MoU berkenaan boleh merapatkan hubungan kerjasama, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pertanian, perhutanan, perlombongan, pembuatan dan pemprosesan, industri pelancongan serta pendidikan. 

Datuk Seri Zambry pula berkata bahawa pihaknya mahu meningkatkan kerjasama dalam bidang yang saling menguntungkan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China