Cari:
Penggunaan RMB akan Diperluaskan dalam Dagangan antara Malaysia-China
2011-04-12 13:47:19 CRI Cetak
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diwawancara oleh Bloomberg News menyatakan bahawa penggunaan RMB akan diperluaskan dalam dagangan dua hala Malaysia-China.

Menurutnya, walaupun dolar Amerika merupakan mata wang utama dalam rizab Malaysia, tetapi Malaysia tetap mengambil sikap terbuka terhadap mata wang asing yang lain termasuk RMB. Lebih-lebih lagi penggunaan RMB semakin meluas dalam dagangan antarabangsa.

Pada tahun 2010, perdagangan Malaysia-China mencecah 74.2 bilion dolar Amerika yang mencipta rekod. Berbanding dengan tahun 2009, telah meningkat 42.8%. Malaysia menduduki tangga teratas rakan dagang utama antara China dan negara ASEAN bagi tiga tahun berturut-turut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China