Cari:
Nanning Promosi Dasar Percukaian kepada Syarikat ASEAN
2011-04-15 11:40:06 CRI Cetak

Kumpulan Mempromosikan dasar percukaian dan keutamaan tarif berikutan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) diadakan di Nanning, ibu kota wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China pada 1 April lalu. Kempen yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Percukaian Bandar Nanning dan Stesen Radio Guangxi ini bertujuan untuk memperkenalkan undang-undang percukaian China serta proses pembatalan tarif berikutan penubuhan CAFTA kepada syarikat-syarikat tempatan.

Pegawai kanan Jabatan Percukaian Nanning, Lu Huajun berkata: "Kempen ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada syarikat domestik yang ingin menjalankan perniagaan di rantau ASEAN dan syarikat dari negara ASEAN yang melabur di sini."

Jumlah pelaburan oleh syarikat dari Guangxi di negara ASEAN semakin bertambah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya selepas ditubuhkannya CAFTA pada awal tahun lalu. Di samping itu, terdapat banyak syarikat negara ASEAN yang menjalankan urus niaga mereka di Guangxi, malah menubuhkan badan perwakilan atau syarikat cawangannya di situ. Oleh itu, aktiviti mempromosikan dasar keutamaan tarif CAFTA ini mendapat sambutan yang amat baik daripada syarikat pelbagai negara ASEAN.

Pengurus besar sebuah syarikat Vietnam di Nanning berkata: "Amat perlu bagi syarikat Vietnam untuk mengetahui dasar-dasar percukaian di China kerana terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua negara dalam bidang tersebut. Oleh itu, kami berharap kempen seperti ini boleh membantu kami mendapatkan lebih banyak maklumat tentang undang-undang kutipan cukai dan peraturan import-eksport yang diamalkan oleh kerajaan China."

Kempen kali ini juga disempurnakan dengan kehadiran konsul-konsul beberapa negara ASEAN di Nanning termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam. Konsul dari Thailand, Kosol Satithamajit menyifatkan peraturan kutipan cukai sebagai perkara asas yang perlu dipatuhi oleh korporat Thailand yang menjalankan perniagaan mereka di China. Pihaknya akan memberikan taklimat kepada lebih banyak syarikat Thailand berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kempen kali ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China