Cari:
Universiti Suzhou Laos Ditubuhkan
2011-04-20 14:58:10 CRI Cetak

Media dimaklumkan bahawa Universiti Suzhou akan menubuhkan universiti di Laos yang dijangka mengambil kira-kira 5,000 orang pelajar. Ia merupakan universiti China yang pertama yang diuruskan di luar negara.

Menurut maklumat berkenaan, kerjasama antara Universiti Suzhou dengan Laos untuk menubuhkan universiti di Vientiane Laos bermula pada tahun 2007. Pada tahun 2010, kerajaan Laos telah menluluskan Universiti Suzhou untuk menjalankan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Laos. Ini menjadikan Universiti Suzhou sebagai badan pendidikan negara asing yang pertama mendapat kelulusan kerajaan Laos seumpama itu. Program pendidikan ini juga diluluskan oleh kerajaan provinsi Zhejiang China dan selepas diluluskan oleh Kementerian Pendidikan China, Univerisiti Suzhou Laos dijangka boleh mengambil pelajar bermula pada tahun depan.

Ketua pejabat perwakilan Universiti Suzhou Laos, Wang Jiexian memaklumkan bahawa universiti berkenaan memiliki keluasan 20 hektar dengan jumlah pelaburan 25 juta dolar Amerika. Sebahagian peruntukan itu ditanggung oleh Universiti Suzhou. Sebuah syarikat Suzhou menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan Universiti Suzhou bagi menubuhkan universiti di Laos itu. Tenaga pengajar akan dihantar dari Universiti Suzhou. Universiti ini akan menerima pensyarah tempatan pada masa depan. Universiti berkenaan akan menawarkan 12 fakulti pengajian yang melibatkan bahasa dan sastera, ekonomi dan perdagangan, kejuruteraan dan sebagainya.

Encik Wang Jiexian berkata,

"Kami berharap membangunkan universiti ini sebagai universiti bertaraf antarabangsa. Keutamaan diberi kepada pelajar dari negara ASEAN namun kami juga mengalu-alukan pelajar dari negara Eropah dan Amerika Syarikat. Pensyarah-pensyarah juga akan diambil dari seluruh dunia."

Universiti Suzhou adalah universiti komprehensif yang tersenarai untuk dibangunkan dalam program 211 negara China. Universiti Suzhou mempunyai 20 institusi yang melibatkan 11 sektor pengajian, serta jumlah pelajar mencecah 50 ribu orang, antaranya termasuk lebih 1,300 orang pelajar dari 37 buah negara luar. Penubuhan universiti di seberang laut merupakan langkah pertama untuk Universiti Suzhou berkembang ke arah universiti terkenal di China yang bertaraf antarabangsa.

Sehubungan dengan hal ini, Wang Jiexian berkata,

"Kami mengambil dua langkah sebagai usaha untuk mengantarabangsakan universiti kami iaitu mengambil pelajar asing dan menubuhkan universiti di seberang laut. Sekarang kita telah menarik ramai pelajar asing tetapi langkah kedua masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Selain itu, kerajaan China menggalakkan syarikat melabur di negara lain, terutamanya di negara ASEAN. Oleh itu, penubuhan universiti di negara ASEAN juga menjadi sokongan modal insan dan teknik bagi syarikat tersebut."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China