Cari:
Kawasan Perdagangan Sempadan China-Vietnam Menjadi Platform Baru bagi Kerjasama China-Vietnam
2011-04-20 15:19:58 Agensi Berita China Cetak

Kapal-kapal yang sarat dengan peralatan elektrik, produk tekstil, produk getah dan sebagainya berlayar di Sungai Beilun. Di kedua-dua teping sungai yang menjadi sempadan China-Vietnam itu, adalah bandar Mongcai Vietnam dan bandar Dongxing Guangxi China.

Berhampiran pelabuhan Dongxing yang terletak di teping Sungai Beilun, terdapat kawasan perdagangan sempadan yang baru dibina. Dengan keluasannya lebih 51 hektar, projek membinaan fasa pertama dan peringkat pertama bagi fasa kedua kawasan perdagangan itu telah siap dan mula beroperasi. Kawasan perdagangan sempadan itu dilengkapi dengan pasar produk import, pasar produk eksport, sistem pengurusan perdagangan bandar dan prasarana. Antaranya, Pasar Hasil Laut Antarabangsa Teluk Beibu yang paling mencuri pandangan.

Setiap pagi, beratus-ratus lori menunggu di pasar tersebut untuk menghantar ikan, udang dan hasil laut yang lain yang diimport dari Vietnam ke pelbagai tempat di China. Sebaik ditubuhkan dan beroperasi pada bulan September tahun lalu, Pasar Hasil Laut Antarabangsa Teluk Beibu menarik ramai pedagang kerana mereka dapat menikmati keutamaan dari segi dasar dan pengangkutan di pasar itu.

Sejak kebelakangan ini, kerjasama antara China dan ASEAN menjadi semakin mantap, manakala perdagangan sempadan antara rakyat China dan Vietnam yang tinggal di kawasan sempadan turut semakin berkembang. Menurut statistik, jumlah perdagangan sempadan di bandar Dongxing mencecah 10 bilion yuan pada tahun 2010, yang merupakan lebih 20% perdagangan import-eksport Guangxi dengan ASEAN. Manakala jumlah import-eksport Mongcai Vietnam pula melebihi 2 bilion dolar Amerika.

Untuk meningkatkan lagi daya tarikan dan saingan kawasan sempadan antara China dan Vietnam, Guangxi China dan Guang Ninh Vietnam merancang membina jambatan kedua bagi sungai Beilun China-Vietnam sebagai laluan, membina kawasan kerjasama ekonomi menyeberangi sempadan Dongxing-Mongcai di kawasan lingkungan empat kilometer persegi di kedua-dua belah jambatan tersebut. Sebagai komponen penting kawasan kerjasama itu, kawasan perdagangan sempadan Dongxing yang sedia ada akan diperluas 100 hektar ke sebelah utaranya sebagai tapak pembinaan projek Pusat Perdagangan Antarabangsa Sungai Beilun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China