Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang menerima kunjungan hormat dari rakan sejawatnya dari Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Beijing.
Dalam pertemuan itu, Li Keqiang menyarankan usaha galakan hubungan dua hala China-Malaysia dalam lima aspek. Ini termasuk meningkatkan penyelarasan hubungan strategik, memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan, menggalakkan pertukaran lawatankedua-dua pihak. Selain itu beliau turut menekankan penguatkuasaan undang-undang bersama, serta menyelesaikan masalah berkaitan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, pihaknya bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan, ekonomi dan perdagangan, kewangan, sumber tenaga dan sosiobudaya. Tegasnya lagi, Malaysia mengekalkan dasar satu China.