Cari:
Pertemuan Wen Jiabao- Muhiyiddin Berhasil
2011-04-21 12:01:47 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yassin di Beijing semalam.

Dalam tempoh pertemuan itu, Wen Jiabao berkata, bahawa Malaysia merupakan negara pertama dalam kalangan negara Asia Tenggara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Malaysia telah memperkenalkan dialog antara China dengan negara-negara ASEAN sejak 20 tahun yang lalu. Sejak itulah terjalinnya hubungan kerjasama persahabatan antara China dengan negara-negara ASEAN. Katanya, dua perkara itu sukar untuk dilupakan.

Wen Jiabao berkata, hubungan antara kedua-dua negara berkembang pesat dan mencatatkan trend yang positif kebelakangan ini. Kedua-dua pihak berjaya melaksanakan rancangan tindakan kerjasama strategik. Malaysia telah menjadi rakan dagangan terbesar bagi China di kalangan negara ASEAN.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia menunggu lawatan rasmi Wen Jiabao ke Malaysia minggu depan. China dianggap rakan baik bagi Malaysia, dan negara itu bersedia meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan China. Kerjasama dalam sektor ekonomi, kewangan, pembangunan infrastruktur, sumber manusia serta penyelarasan bagi isu antarabangsa dan serantau akan terus ditingkatkan.

Dalam sesi media selepas pertemuan dengan Wen Jiabao, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berkata, angka-angka pencapaian dalam bidang perdagangan Malaysia-China telah meningkat dengan jumlah yang besar pada tahun lepas. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus memperluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan kerana ini boleh memberi faedah kepada Malaysia dan China. Beliau turut berharap setu delegasi pelaburan akan turut serta dalam lawatan rasmi Wen Jiabao ke Malaysia nanti. Syarikat-syarikat milik kerajaan yang terlibat dalam delegasi itu diharapkan boleh meneroka potensi pelaburan China ke Malaysia, terutama dalam projek yang digariskan dalam Program Transformasi Ekonomi Malaysia(ETP).

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China