Lawatan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ke Malaysia pada 27 hingga 28 April dianggap satu rangsangan kepada perkembangan ekonomi oleh Komuniti Cina di Malaysia. Mereka menaruh harapan tinggi lawatan Wen Jiabao akan meningkatkan lagi persahabatan dan perdagangan antara China dengan Malaysia.
Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Encik Tan Khai Hee berkata, tumpuan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia pada 2009 terhadap China membuktikan bahawa kerajaan Malaysia mengutamakan hubungan erat dengan kerajaan China.