Lawatan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ke Indonesia diharap membuka peluang kerjasama yang lebih meluas antara kedua-dua negara. Demikian harapan Speaker Parlimen Indonesia, Marzuki Alie di Jakarta baru-baru ini.
Beliau berkata, hubungan ekonomi dan perdagangan merupakan elemen yang utama dalam hubungan antara Indonesia dengan China. Jalinan itu menyaksikan peningkatan yang pesat pada tahun lalu dengan jumlah dagangan dua hala melebihi 40 bilion dolar Amerika. Itu merupakan peningkatan lebih 50% daripada tempoh yang sama tahun 2009. Marzuki Alie berharap agar lawatan Wen Jiabo ini akan merancakkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan serta membawa lebih banyak pelaburan China kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia.