Perdana Menteri China, Wen Jiabao memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai hari ini. Dalam tempoh lawatan tersebut, beliau akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain itu, beliau juga akan melawat Universiti Malaya dan bertemu dengan tokoh-tokoh masyarakat tempatan.
Rakyat Malaysia berharap lawatan Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan meningkatkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala.
Akhbar "Harian Sin Chew" dalam rencana pengarangnya menyebut, lawatan kali kedua bagi Wen Jiabao ke Malaysia sejak dilantik Perdana Menteri memperlihatkan perhatian oleh kerajaan China dalam mengembangkan hubungan dengan Malaysia. Malaysia dan China merupakan dua negara yang penting di rantau ini. Justeru, lawatan Wen Jiabao kali ini bukan sahaja mencatat peristiwa penting kepada hubungan dua hala, malah memberi kesan postif kepada keamanan dan pembangunan serantau.
Yang Di Pertua Dewan Perniagaan Cina Malaysia, William Cheng Heng Jem berharap perjanjian pengambilan pekerja akan ditandatangani oleh kedua-dua negara dalam tempoh lawatan Wen Jiabao bagi merancakkan kerjasama dalam bidang tersebut.